antara ciri anda sudah dewasa, dewasakah anda?
atau? masih keanak-anakkan? atau remaja tidak matang?
anda semestinya tidak mahu tergolong dalam golongan
yang bersifat seperti itu kan? so, pastikan anda ada
ciri-ciri seorang dewasa dan matang.
1. Tenang.
kamu sentiasa kelihatan tenang dalam apa jua
keadaan walaupun cemas, kerana bagi kamu
kelam kabut akan menambah lagi masalah dan
bukannya menyelesaikannya.
2. Berfikiran Panjang.
kamu tidak membuat sesuatu keputusan dalam tergesa-
gesa dan melulu, bahkan kamu berfikir panjang kerana
bagi kamu masa depan dan jangka masa panjang adalah
lebih penting daripada apa yg ada hari ini.
3. Yakin.
kamu sentiasa yakin pada diri, penampilan, dan tidak
akan sesekali menyerah kalah sebelum mencuba.
4. Bertanggungjawab.
kamu berani menanggung apa juga risiko dari
keputusan yang kamu ambil. kamu juga tidak sesekali
menyalahkan orang lain di atas apa yang berlaku.
ada prinsip berani buat berani tanggung.
5. Menghormati orang lain.
kamu sentiasa menghormati orang. tujuannya kerana
kamu juga mahu dihormati seperti mana kamu menghormati
orang lain. tips untuk menghormati orang : senyum kepadanya,
bersalam dengan kedua-dua belah tangan, memberi salam
dan tidak mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya.
6. Tidak hipokrit.
kamu lebih suka berterus-terang daripada menyimpan
perasaan dan bergossip atau "bercakap belakang" dan
memendam perasaan dengan tidak bercakap dengan org.
ada lebih baik kamu katakan saja kerana apa yang kamu
katakan bukan sahaja baik untuk diri sendiri, bahkan
untuk orang lain.
7. Bersaing secara sihat.
walaupun kalah atau ketinggalan, kamu tidak pernah
ada perasaan hasad dengki dan iri hati dengan
kejayaan orang lain. kerana bagi kamu, kamu mampu
bersaing secara sihat dan tidak sesekali menyakiti
orang lain.
8. Tidak mementingkan diri.
kamu sentiasa memikirkan orang-orang di sekeliling
kamu dan tidak sesekali mementingkan diri sendiri
untuk mengecap kebahagiaan. bagi kamu, kebahagiaan
tidak akan tercipta andai kamu sahaja yang bahagia.
9. Ada sifat kepimpinan.
setiap orang yang telah dewasa mestilah mempunyai
sifat memimpin kerana ini penting untuk membina
sebuah keluarga bahagia bila berkahwin kelak. jadi,
andai kamu rasa sifat kepimpinan ini telah ada pada diri
kamu, SAH!! kamu telah dewasa.
10. Pandai menjaga hati orang lain.
kamu mestilah menjaga hati, rakan-rakan, orang tua
dan keluarga kerana hati orang disekeliling anda
mudah tersentuh jika kamu menjauhinya atau
tidak bertegur sapa dengannya. kerana bagi kamu
rakan dan keluarga adalah sesuatu yang penting
dalam hidup kamu.
No comments:
Post a Comment